Membeli insurans hayat untuk diri sendiri atau mereka yang tersayang dapat membantu anda daripada segi kewangan ketika dalam kesusahan. Waris anda layak menerima sejumlah wang daripada polisi anda jika anda meninggal dunia. Anda juga boleh menerima pampasan ke atas sebarang kecacatan kekal yang menimpa anda.
 
Saya Patut Tahu...

Peruntukan penting dalam perjanjian

Tip membeli insurans hayat

Membuat penamaan

Bagaimana untuk membuat aduan
 
Saya Mahu...

Baca soalan lazim insurans hayat

Muat turun buku panduan insurans hayat

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini

Bagi memastikan keluarga terdekat anda mempunyai wang tunai dan pendapatan selepas kematian anda.

Agar anak anda mempunyai wang untuk pendidikannya.

Supaya anda mempunyai pelan tabungan untuk masa hadapan sebagai sumber pendapatan apabila bersara.
 
    Insurans bertempoh
    •  
       
      Polisi ini menawarkan perlindungan insurans untuk tempoh terhad sahaja. Wang manfaat dibayar hanya setelah kematian atau sekiranya anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal semasa dalam tempoh polisi.
       
    Insurans hayat seumur hidup
    •  
       
      Polisi ini menawarkan perlindungan sepanjang hayat dan premiumnya dibayar seumur hidup anda. Wang manfaatnya, termasuk apa-apa bonus, akan dibayar setelah kematian atau sekiranya anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal.
       
    Insurans endowmen
    •  
       
      Polisi ini menggabungkan perlindungan dan tabungan. Wang manfaatnya akan dibayar pada akhir tempoh yang ditetapkan berikutan kematian atau jika anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal. Sekiranya anda masih hidup apabila polisi matang, anda akan mendapat wang berkenaan; jika sebaliknya, wang itu akan diberi kepada penama anda.
       
    Insurans berkaitan pelaburan
    •  
       
      Premium anda digunakan untuk membeli perlindungan insurans hayat dan unit saham di dalam dana yang diurus oleh syarikat insurans hayat. Harga unit tersebut adalah berasaskan prestasi pelaburan dana yang diuruskan. Manfaat yang dibayar kepada anda atau penama anda bergantung kepada harga unit saham pada masa anda menyerahkan polisi atau apabila anda meninggal dunia.
       
    Pelan anuiti hayat
    •  
       
      Anuiti ialah satu siri bayaran yang dibuat kepada anda sehingga anda meninggal dunia. Terdapat dua jenis anuiti iaitu anuiti serta-merta dan anuiti tertunda.
       
    Perlindungan/‘rider’ tambahan
    •  
       
      'Rider' ialah perlindungan tambahan yang dilampirkan bersama pelan insurans asas seperti endowmen atau seumur hidup. Ia memberikan anda fleksibiliti untuk memenuhi keperluan individu anda, seperti perlindungan terhadap kemalangan, hilang upaya atau masuk hospital. Anda diperlukan membayar premium tambahan.
       

    Insurans bertempoh gadai janji berkurangan (mortgage reducing term assurance - MRTA)
    •  
       
      Perlindungan insurans yang meliputi pembayaran balik pinjaman pembelian hartanah tertunggak kepada institusi kewangan sekiranya berlaku kematian, hilang upaya atau sakit kritikal peminjam.
       
 
 
Apabila memilih polisi, anda harus:

Memilih polisi yang sesuai dengan peringkat hidup anda

Memahami skop perlindungan yang ditawarkan polisi tersebut

Mengetahui apa yang akan terjadi jika anda perlu menukar polisi

Memberi maklumat penuh dan tepat di dalam permohonan anda
 
  Anda mestilah memberikan semua fakta penting dalam borang permohonan anda sepenuhnya dan secara jujur. Sekiranya ejen anda mengisikan borang permohonan untuk anda, baca dan fahamilah keperluan dalam borang tersebut dengan teliti sebelum anda menandatangani borang berkenaan. Jika tidak, polisi insurans hayat anda mungkin boleh terbatal.  
 
 
 
 
  Muat turun
di sini
Untuk maklumat lanjut, sila muat turun buku panduan insurans hayat kami atau hubungi mana-mana syarikat insurans berlesen. Buku panduan ini mengandungi maklumat mengenai jenis-jenis insurans hayat yang terdapat di Malaysia serta panduan untuk membuat aduan.