Anuiti adalah suatu kontrak di mana syarikat insurans bersetuju untuk menyediakan anda dengan pendapatan yang berterusan untuk sepanjang hayat, sebagai balasan kepada caruman premium yang dibayar sekali gus.  
 
 
Lazimnya seorang pesara memerlukan lebih kurang 60% daripada gaji terakhir beliau untuk mengekalkan taraf hidupnya pada masa persaraannya. Caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menjadi sumber pendapatan persaraan yang penting tetapi satu kajian berkenaan KWSP menunjukkan bahawa kebanyakan pencarum menghabiskan simpanan mereka dalam masa tiga tahun dari tarikh pengeluaran selepas bersara. Anuiti persaraan memastikan masa depan anda terjamin.
 
Saya Patut Tahu

Adakah anda mempunyai wang yang cukup untuk persaraan?

Menyimpan untuk anuiti

Memilih anuiti yang tepat

Bagaimana untuk membuat aduan
 
Saya Mahu...

Baca soalan lazim anuiti persaraan

Muat turun buku panduan anuiti persaraan

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
 

Memastikan pendapatan untuk seumur hidup, meringankan ketidaktentuan dan masalah yang mungkin anda hadapi sekiranya anda kehabisan sumber kewangan semasa hayat bersara.
Memastikan pembayaran pendapatan kepada orang yang anda sayangi selepas anda meninggal dunia.
 
 
Di dalam memilih anuiti yang sesuai, sentiasalah:
 
Meneliti kesemua opsyen yang ditawarkan berbagai syarikat insurans

Tahu bahawa bayaran pendapatan yang anda terima bergantung kepada jumlah yang dibayar untuk membeli anuiti tersebut, umur anda ketika membeli anuiti tersebut dan jantina anda
Tahu bahawa jenis anuiti dan manfaatnya menentukan jumlah yang akan anda terima setelah bersara
Membeli pelan anuiti yang benar-benar sesuai dengan keperluan anda
 
 
Anuiti serta-merta
  Pembayaran pendapatan bermula dalam tempoh 12 bulan selepas anda membeli anuiti. Ia sesuai untuk mereka yang hampir bersara atau telah bersara. Premiumnya dibayar sekali gus ketika membeli anuiti.

Anuiti tertunda
  Pembayaran pendapatan bermula lebih dari 12 bulan selepas anda membeli anuiti. Anda boleh membeli anuiti jenis ini pada bila-bila masa sepanjang tempoh anda bekerja. Premiumnya yang boleh dibayar sekali gus akan terkumpul dengan syarikat insurans, atau anda boleh membuat siri bayaran berkala sehinggalah persaraan anda.
 
 
    Anuiti tetap tanpa tempoh terjamin
    •  
       
      Membayar pendapatan pada kadar tetap secara teratur sepanjang hayat anda.
       
    Anuiti tetap dengan tempoh terjamin
    •  
       
      Membayar pendapatan pada kadar tetap sepanjang hayat anda, atau sekurang-kurangnya untuk suatu tempoh terjamin.Contoh: Seseorang membeli anuiti dengan tempoh terjamin 10 tahun. Sekiranya ia meninggal dunia selepas 6 tahun, bayaran anuiti akan diteruskan kepada benefisiarinya untuk tempoh 4 tahun selebihnya. Sekiranya pembeli anuiti masih hidup melepasi tempoh terjamin 10 tahun, ia akan terus menerima bayaran pendapatan sepanjang hayatnya.
       
    Anuiti meningkat
    •  
       
      Membayar pendapatan yang meningkat setiap tahun pada kadar yang tetap untuk sedikit sebanyak melindungi pendapatan anda daripada inflasi, di sepanjang hayat anda. Pendapatan permulaan bagi anuiti meningkat pada kebiasaannya lebih rendah daripada yang anda terima di bawah anuiti tetap, tetapi anuiti meningkat akan memberikan pendapatan yang lebih baik pada tahun- tahun kemudian dalam tempoh persaraan anda.
       
    Anuiti hayat bersama
    •  
       
      Membayar pendapatan untuk sepanjang hayat anda dan seterusnya kepada pasangan anda sepanjang hayatnya selepas anda meninggal dunia. Walau bagaimanapun, pendapatan yang dibayar kepada pasangan anda itu mungkin pada amaun yang dikurangkan.
       
 
 
Anda dinasihatkan untuk mula menyimpan seawal mungkin sepanjang tempoh anda berkerja supaya dana yang cukup dapat dikumpul bagi membolehkan penyediaan pendapatan yang setimpal apabila anda bersara. Walau bagaimanapun, anda juga boleh mendapatkan anuiti ini setelah anda bersara.

Sebaliknya, jika anda hanya mahu membayar jumlah premium yang lebih kecil, anda boleh mendapatkan anuiti tertunda, di mana premium dijelaskan lebih awal dan akan dilaburkan oleh syarikat insurans untuk memberikan pendapatan kepada anda sewaktu anda bersara.
 
  Muat Turun
di sini
Untuk maklumat lanjut, sila muat turun buku panduan anuiti persaraan kami atau hubungi syarikat insurans untuk sebarang bantuan.