Pelan Takaful Pendidikan Anak PTPA ialah pelan takaful yang memberikan perlindungan dan simpanan jangka panjang untuk membiayai perbelanjaan pendidikan tinggi anak anda. Anak anda akan disediakan dengan manfaat kewangan jika anda ditimpa tragedi yang dilindungi di bawah pelan ini. Pada masa yang sama anak anda akan mempunyai simpanan jangka panjang (dana pendidikan) untuk pendidikan tinggi mereka.

Jika anda menyertai PTPA, anda juga layak memperoleh pelepasan cukai pendapatan sehingga maksimum RM3,000 setahun bagi kombinasi kedua-dua pelan perubatan dan pendidikan. Pelan ini jua menawarkan rider atau perlindungan tambahan di bawah takaful keluarga untuk anda dan anak.Perlindungan tambahan atau rider ini melindungi anda daripada kemalangan peribadi dan hilang upaya, faedah rawatan hospital, perbelanjaan pengebumian dan penyakit-penyakit kritikal.
 
 
Saya Patut Tahu...


Perlindungan dan pengecualian PTPA

Terma dan syarat PTPA

Perkara yang perlu dan jangan dilakukan
Bagaimana membuat tuntutan
 
Saya Mahu...

Baca soalan lazim mengenai PTPA

Muat turun buku panduan PTPA

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
Terbuka kepada semua individu berumur 18 hingga 55 tahun dan anak-anak berumur 15 hari hingga 17 tahun.
Pilihan tempoh matang yang terhad.

Tidak ada rampasan jika berlaku pembatalan.
grey bullet Kemudahan pengeluaran sebahagian.
grey bullet Perkongsian lebihan dengan pengendali takaful.
grey bullet Memperuntukkan simpanan dan pelaburan jangka panjang.
 
Jika anda berminat untuk mendapatkan PTPA, sentiasalah:
 
Memilih pelan yang benar-benar sesuai dengan peringkat hidup anda.

Mengenali jenis takaful yang ada serta kelebihan dan faedah yang ditawarkan.
grey bullet Memahami terma dan syarat penting yang digunakan di dalam PTPA. Sekiranya ada perkara yang anda tidak fahami, ajukan pertanyaan anda kepada ejen atau pengendali takaful untuk makna terma-terma tersebut.
 

Takaful Pendidikan Anak Biasa
  Anda dan anak anda akan menerima manfaat kewangan berikutan kematian atau hilang upaya kekal, serta simpanan jangka panjang (dana pendidikan), dan keuntungan pelaburan yang akan diagihkan apabila berlaku tuntutan, matang atau penyerahan awal.
   

Takaful Pendidikan Anak Berkaitan Pelaburan
  Sebahagian daripada caruman anda digunakan untuk membeli saham, seperti saham ekuiti atau sekuriti berpendapatan tetap. Sebagai tambahan kepada perlindunagn takaful biasa yang melindungi kematian dan hilang upaya kekal, unit-unit pelaburan ini akan dijual apabila berlaku tuntutan, matang atau penyerahan awal.
 
  Muat turun
di sini
Untuk maklumat lanjut, muat turun buku panduan Pelan Takaful Pendidikan Anak kami atau hubungi pengendali takaful untuk sebarang bantuan.