Takaful keluarga menawarkan faedah perlindungan insurans hayat dan simpanan jangka panjang kepada anda. Anda atau waris anda akan mendapat manfaat dalam bentuk kewangan jika anda ditimpa kemalangan. Pada masa yang sama, anda akan menikmati simpanan persendirian jangka panjang kerana sebahagian daripada caruman anda akan didepositkan ke dalam sebuah akaun untuk tujuan simpanan.

Anda boleh memilih sendiri tempoh matang pelan anda dan tidak ada pelucutan hak sekiranya anda membatalkan pelan takaful keluarga anda. Anda juga layak dikecualikan daripada cukai pendapatan jika anda menyertai pelan takaful keluarga.
 
Saya Patut Tahu...

Apakah konsep takaful?

Skop perlindungan dan pengecualian takaful keluarga

Terma dan syarat penting

Membuat tuntutan
 
Saya Mahu...

Baca soalan lazim takaful keluarga

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
Terbuka kepada semua individu berumur di antara 18 sehingga 55 tahun
Pilihan tempoh matang sendiri
Tiada pelucutan hak jika berlaku pembatalan
Kemudahan pengeluaran sebahagian daripada caruman
Perkongsian lebihan dengan pengendali takaful
Menyediakan simpanan dan pelaburan jangka panjang
 
Jika anda berminat untuk mendapatkan takaful keluarga, pastikan anda:
 
Memilih pelan yang benar-benar sesuai dengan peringkat hidup anda
Memahami skop perlindungan pelan tersebut
 
 
Keluarga biasa
   
  - Individu
  Ini termasuk pelan pelajaran, gadai janji, kesihatan dan ‘rider’. Anda akan menerima manfaat kewangan jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, serta simpanan jangka panjang (pelaburan) dan keuntungan pelaburan yang akan diberikan sekiranya dituntut, matang atau serahan awal.
   
  - Kumpulan
  Ini termasuk pelan pelajaran berkumpulan, perubatan berkumpulan, kesihatan dan ‘rider’. Jumlah minimum peserta dikehendaki untuk layak memasuki pelan ini. Anda akan mendapat perlindungan dalam bentuk manfaat kewangan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
   
Anuiti
  Pelan yang memberi pendapatan tetap selepas anda bersara
   
Berkaitan Pelaburan
  Sebahagian daripada caruman anda akan digunakan untuk membeli unit-unit pelaburan seperti unit saham atau sekuriti pendapatan tetap. Perlindungan takaful merangkumi kematian dan hilang upaya kekal.
 
 
Anda harus memahami terma dan syarat yang digunakan di dalam pelan takaful keluarga yang anda beli. Sekiranya terdapat perkara yang tidak anda fahami, ajukan pertanyaan anda kepada ejen anda atau pengendali takaful. Oleh kerana sijil takaful merupakan kontrak yang sah, maksud-maksud yang termaktub di dalam sijil tersebut akan diguna pakai semasa membuat tuntutan.
 
 
  Muat turun
di sini
Untuk maklumat lanjut, muat turun buku panduan pelan takaful keluarga kami atau hubungi mana-mana pengendali takaful untuk sebarang bantuan.