Cari:  
  Dari:   Hingga:  
  Bank Negara Malaysia Melancarkan Perkhidmatan LINK Bergerak
29/02/2012
 
 
 

Picture

Bank Negara Malaysia telah melancarkan perkhidmatan LINK Bergerak atau “MobileLINK” untuk pelanggan dalam usaha memberikan akses dan peluang yang lebih meluas kepada orang ramai untuk berurusan dengan Bank Negara Malaysia.  Pelancaran MobileLINK merupakan sebahagian daripada usaha Bank Negara Malaysia untuk menggalakkan rangkuman kewangan dengan meluaskan lagi jangkauan kepada masyarakatPerkhidmatan ini melengkapi saluran perkhidmatan LINK (Laman Informasi Nasihat dan Khidmat) yang sedia ada di ibu pejabat Bank Negara Malaysia dan tiga pejabat cawangan dan dua pejabat wilayah; pusat perhubungan khidmat pelanggan, BNMTELELINK (1-300-88-5465) dan kaunter perkhidmatan bergerak BNMLINK di kawasan semi bandar.

MobileLINK meluaskan perkhidmatan khidmat nasihat BNMLINK dengan menggunakan koc yang ditempah khas dan dilengkapi dengan kemudahan serta teknologi sokonganSelain meningkatkan akses perkhidmatan perbankan asas kepada orang ramai melalui kerjasama dengan institusi-institusi kewangan, MobileLINK juga memberikan khidmat nasihat perbankan, insurans dan takaful serta hal-hal berkaitan dengan pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS); maklumat mengenai kredit peribadi melalui Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), maklumat mengenai Bank Negara Malaysia melalui terminal berasaskan web layan diri yang disediakan dalam koc; dan khidmat nasihat tentang perkara berkaitan dengan kewangan di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia.

Perkhidmatan MobileLINK telah memulakan perjalanan sulung ke Felda Tenggaroh 1 dan Mukim Tenglu di daerah Mersing, Johor pada 17 hingga 18 Disember 2011.  Kira-kira 300 individu telah mendapat manfaat daripada perkhidmatan yang disediakan oleh MobileLINK.  Program dua hari ini diterima baik oleh masyarakat setempat dan terdapat permintaan untuk perkhidmatan MobileLINK pada masa depanMobileLINK akan meneruskan perjalanannya ke daerah Pekan di Pahang pada Januari 2012 dan ke kawasan semi bandar dan luar bandar lain di seluruh Malaysia.