Cari:  
  Dari:   Hingga:  
  TIPS BERCUTI BAJET
01/04/2013
 
 
 

 

Bagi mengelakkan pembaziran ketika bercuti, digalakkan untuk membuat bajet yang ideal dari segi pendapatan dan kos tempat bercuti. Di sini tips-tips untuk mengurus kewangan ketika bercuti:

 

  1. Sebelum melancong, digalakkan membuat persediaan awal dengan mencari maklumat dan merangka destinasi yang nak dilawati.
  2. Sediakan bajet perbelanjaan harian semasa bercuti supaya tidak berbelanja melebihi bajet disamping dapat bercuti dengan tenang.
  3. Untuk tiket penerbangan, digalakkan membuat tempahan  2-3 bulan awal dari tarikh percutian. Anda boleh mendapat harga murah jika membuat tempahan online di laman penerbangan.
  4. Bagi mengelakkan kes kecurian atau kehilangan ketika bercuti, jangan membawa wang tunai yang terlalu banyak. Gunakan kad kredit untuk berbelanja.
  5. Sekiranya bercuti di luar negara, nombor telefon pihak kad kredit diperlukan sekiranya berlaku sebarang masalah.
  6. Sekiranya bercuti anda panjang, gunakan perbankan internet untuk membayar bil atau pemindahan wang yang perlu anda buat.
  7. Dapatkan insurans perjalanan daripada syarikat insurans berlesen. Insurans perjalanan boleh membantu anda menampung kos perubatan atau kerugian sekiranya berlaku kecemasan atau kemalangan semasa anda bercuti. Untuk maklumat lanjut men mengenai insurans perjalanan yang boleh didapati di www.insuranceinfo.com.my
  8. Jangan lupa melangsaikan segala bil kad kredit anda sekembalinya anda daripada bercuti.

 

Selamat bercuti.