Maklumat berkaitan

Penipuan insurans

Berurusan dengan pengantara
 
Saya mahu...

Muat turun buku panduan membuat aduan

Muat turun borang aduan BNM

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
 
Sekiranya anda mempunyai aduan tentang produk atau perkhidmatan syarikat insurans atau pengendali takaful atau anda tidak berpuas hati dengan tawaran penyelesaian tuntutan, ada beberapa saluran untuk menyelesaikan pertikaian ini sebelum anda membawanya ke mahkamah.
 
 

Anda hendaklah terlebih dahulu menyelesaikan aduan tersebut dengah unit aduan syarikat insurans atau pengendali takaful.
   

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan keputusan penyelesaian sesuatu aduan, anda boleh mengemukakan aduan anda sama ada kepada Biro Pengantaraan Kewangan [Financial Mediation Bureau (FMB)] atau Bank Negara Malaysia, yang akan mengendalikan aduan anda secara percuma. Unit Aduan di syarikat insurans atau pengendali takaful boleh menasihati anda tentang saluran seterusnya yang sesuai untuk mengendalikan aduan anda.
   

Apabila mengemukakan aduan anda sama ada kepada FMB atau BNM, sertakan salinan surat keputusan syarikat insurans atau pengendali takaful.
   

Bagi membolehkan aduan anda dikendalikan secara efektif, anda perlu:
 
  LANGKAH 1 Membuat aduan secara bertulis  
  LANGKAH 2 Mengemukakan maklumat penting tentang kes anda dengan jelas seperti nama syarikat insurans atau pengendali takaful  
  LANGKAH 3 Mengemukakan aduan anda secara teratur dan masukkan tarikh-tarikh dan nombor rujukan yang berkaitan, seperti nombor polisi atau sijil dan nombor pendaftaran kenderaan sekiranya berkenaan  
  LANGKAH 4 Memberi alamat dan nombor telefon di mana anda boleh dihubungi;  
       
  LANGKAH 5 Menyertakan salinan dokumen yang berkaitan dan simpan dokumen asal; dan  
       
  LANGKAH 6 Menyimpan salinan surat aduan anda untuk rujukan.  
       
 
 
 

FMB merupakan sebuah badan bebas yang ditubuhkan untuk menyelesaikan pertikaian yang timbul daripada polisi insurans atau sijil takaful secara percuma.
   

Sekiranya anda perlu menghantar aduan anda kepada FMB, ia mesti dilakukan dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh keputusan muktamad syarikat insurans atau pengendali takaful.
   

Sekiranya FMB membuat keputusan yang berpihak kepada anda, syarikat insurans atau pengendali takaful mestilah mengikut keputusan tersebut
 
  Jenis-jenis aduan yang diuruskan FMB  
   
Bagi pertikaian berkaitan insurans, BPK akan mengendalikan semua pertikaian di antara penuntut dengan syarikat insurans atau pengendali takaful, yang tidak melebihi amaun seperti berikut:

RM200,000 bagi polisi insurans atau pelan takaful motor dan kebakaran.

RM100,000 bagi polisi insurans atau pelan takaful yang lain.

RM5,000 bagi kerosakan harta benda pihak ketiga.
   
 
 
  Aduan yang tidak dikendalikan oleh FMB  
     
 

Kes-kes yang melibatkan tuntutan melebihi amaun seperti dinyatakan.

Aduan yang melibatkan penentuan harga produk insurans/takaful dan isu pengunderaitan.
Kes-kes penipuan.

Kes-kes yang telah atau sedang dirujuk kepada mahkamah atau penimbangtaraan.
 
 
    Alamat: Nombor telefon & Fax
  Biro Pengantaraan Kewangan
Tingkat 25, Dataran Kewangan Darul Takaful
No. 4, Jalan Sultan Sulaiman
50000 Kuala Lumpur .
Tel : 03-2272 2811
Faks : 03-2274 5752

Email: enquiry@fmb.org.my
 
 
 
 
 
Muat turun buku panduan membuat aduan.
 
Anda boleh mengemukakan aduan anda ke BNM sekiranya aduan itu bukan di bawah bidang kuasa FMB. Muat turun borang aduan BNM.
 

Kes yang telah dirujuk kepada FMB, ditimbang tara atau diputuskan oleh FMB;
   

Kes yang telah dirujuk kepada peguamcara anda atau tindakan undang-undang telahpun dimulakan.
   

Kes berhubung dengan institusi yang bukan di bawah penyeliaan BNM, seperti bengkel membaiki kenderaan dan organisasi pengurusan kesihatan.
   

Aduan oleh ejen insurans terhadap prinsipal mereka atau hubungan majikan/pekerja atau melibatkan perkara-perkara lain yang tidak berkaitan dengan insurans atau takaful.
 
Alamat Nombor telefon & Fax
   
  BNMTELELINK
Jabatan Komunikasi Korporat
Bank Negara Malaysia
P.O Box 10922
50929 Kuala Lumpur
Tel: 1-300-88-LINK
Fax: 03-2174 1515

Email: telelink@bnm.gov.my