Kita melalui peringkat kehidupan yang berbeza-beza, menghadapi situasi yang berlainan dan mengalami pengalaman baru setiap hari. Bersedialah untuk menghadapi masa depan anda. Pastikan kehidupan anda dan keluarga terjamin, terutamanya dari aspek kewangan. Ketahui bagaimana pengurusan kewangan yang bijak dapat membantu anda melalui peringkat-peringkat kehidupan yang berbeza ini.
 
 
 
Mengurus wang anda
Perkhidmatan perbankan asas
Perbankan Internet
Memilih akaun yang betul
Kenali kad bayaran
Memohon pinjaman
Mengurus hutang anda
Kalkulator belanjawan
Kalkulator pinjaman
Asas-asas insurans dan takaful
Lindungi kesihatan anda
- insurans
Lindungi kesihatan anda
- takaful
Insurans bertempoh gadai janji berkurangan (MRTA)
Jadual Perbandingan
Program pendidikan
Lindungi harta benda anda – insurans
Lindungi harta benda anda – takaful
 
 
 
Melangkah ke alam pekerjaan merupakan titik permulaan bagi anda untuk mula mendalami pengurusan kewangan dan mengetahui akaun perbankan mana yang perlu dipilih untuk memenuhi keperluan anda. Bandingkan kadar dan manfaat yang ditawarkan produk-produk yang berbeza. Untuk membuat bajet, gunakan kalkulator bajet kami untuk membantu anda merancang kewangan anda dengan lebih baik.

Anda juga mungkin mahu mengetahui cara-cara bayaran alternatif untuk pembelian anda. Jika pendapatan tahunan anda melebihi RM18,000, anda boleh memohon kad bayaran. Bandingkan kad-kad yang ditawarkan, dan yang lebih penting, ketahui bagaimana untuk mengurus penggunaan kad-kad ini kerana penggunaan yang tidak terkawal boleh membawa bebanan kewangan kepada anda.

Jika anda ingin membeli rumah atau kereta sendiri, terdapat pelbagai pinjaman perumahan dan sewa beli kenderaan yang boleh membiaya pembelian ini, ditawarkan oleh pelbagai institusi perbankan. Bandingkan produk-produk yang ditawarkan, dan buat perbezaan harga dan ciri-ciri pinjaman. Lawati laman jadual perbandingan kami untuk membantu anda membuat perbandingan ini. Anda juga harus ingat, dengan pembelian rumah atau kenderaan, anda juga perlu mendapatkan perlindungan insurans untuk rumah, kenderaan atau pinjaman anda.

Pertimbangkan bagaimana anda membelanjakan wang lebihan dengan berhemat. Bacalah tip tentang pelaburan dan cara-cara untuk mengelakkan pelaburan yang merugikan daripada panduan kami.

Anda juga boleh mengetahui tentang insurans perubatan dan kesihatan serta insurans berkaitan pelaburan agar anda dilindungi sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku. Lindungi harta benda anda dengan polisi insurans atau pelan takaful yang sesuai dan anda pasti tenang melalui kehidupan seharian dengan yang tersayang.